Pages

Thursday, 8 November 2012

10 tempat-tempat pelik di dunia

1.) Kolam Batu Kapur Putih Di Pamukkale, Turkey

Pamukkale kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kolam renang ini telah ditutup kepada pelancong yang pernah bermandi-manda di perairan tersebut daripada mengalami kecederaan teruk.

Pelik dan cantik teres kolam Pamukkale yang sudah dihargai selama lebih dari dua alaf dan masih lagi mengekalkan satu keajaiban kecil yang dikenali dunia. Beribu-ribu tahun yang lalu, gempa bumi(sudah biasa berlaku di Turki) telah berlaku dan mewujudkan keretakan yang membenarkan kuasa air panas yang kaya dengan kalsium karbonat membawa air tersebut ke permukaan bumi. Air sejat yang yang keluar seperti kapur pekat  membentuk lapisan atas lapisan Travertine dan seterusnya perlahan-lahan membina dinding dengan cara yang sama seperti stalaktit terbentuk di dalam gua. Pammakale bermaksud Istana Kapas tetapi Greco-Romans membina sebuah bandar di atasnya dab ia dipanggil Heirapolis yang bermaksyd "Holy City" atau "Sacred City". Mereka juga diiktiraf sebagai tempat yang jarang dan penting mengaitkan kuasa penyembuhan untuk perairan susu putih.

2.) Batu Tongkol Moeraki Di New Zealand 
Kepercayaan orang-orang Maori bahawa sesetengah anak-anak kapal yang terselamat di kanu Araiteuru telah bertukar menjadi batu dan menjadi gunung. Batu tongkol Moeraki dikatakan periuk dan harta-benda daripada kanu tersebut.


Batu-batu besar yang cantik serta, bulat dan pelik ini terletak di Koekohe Beach, sebahagian daripada pantai Otago di Selatan pulau New Zealand. Batu ini dikenali sebagai "Moeraki Boulders/Batu Tongkol Moeraki" yang asalnya terhasil di atas lantai laut daripada enapan sekitar teras, sama seperti mutiara yang terbentuk di sekeliling zarah pasir. Hakisan tebing sering mendedahkan batu-batu ini daripada lumpur yang membolehkan ia untuk terbentuk di pantai. Sebahagian daripada batu-batu ini sangat berat dan mencapai tiga meter besarnya. Lagenda Maori menyifatkan asal batu-batu tersebut adalah daripada nenek moyang/gergasi yang datang melalui kanu Araiteuru yang telah ditenggelami oleh tiga gelombang besar berdekatan di Matakaea.


3.) 9 Neraka Di Beppu, Jepun
Jauh dalam Daerah Shibaseki Berdarah - Kolam Neraka (Chinoike Jigoku) dan Neraka Puting Beliung (Tatsumaki Jigoku)


Beppu adalah pengeluar kedua terbesar air geoterma di dunia yang terletak di pulau Kyushu, Jepun. Beppu terletak di kawasan "neraka Sembilan" atau kolam yang masing-masingnya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang luar biasa dan mineral dalam saliran ini mempunyai pelbagai warna. "Neraka" ini menjadi tarikan pelancong Jepun itu sendiri dan tempat ini sangat popular di Jepun tetapi kurang dikenali di luar negara. Tujuh kolam geoterma yang aneh terletak di kawasan Kannawa dan dikenali sebagai: Laut Neraka (Umi Jigoku), Neraka Ketua Kepala Dicukur (Oniishibozu Jigoku), Neraka Pot Memasak (Kamado Jigoku), Gunung Neraka (Yama Jigoku), Neraka Gunung Raksasa (Oniyama Jigoku,) Neraka Naga Emas (Kinryu Jigoku) dan Neraka Kolam Putih (Shiraike Jigoku).

4.) Kawah Besar Di Gunung Teide, Las Cañadas
Las Cañadas kaldera, Gunung Teide - Tidak mati cuma tidak berapa aktif! Jawatankuasa PBB bagi Disaster Mitigation (Pengurangan Bencana) telah menyenaraikan Teide untuk membuat pemerhatian dekat kerana sejarah di pergunungan tersebut telah menyebabkan letusan kuat dan lokasi tersebut berhampiran dengan beberapa bandar besar. 


Di puncak Gunung Teide, salah satu pulau gunung berapi terbesar di dunia adalah kaldera Las Cañadas. Ia mempunyai kawah yang sangat besar kira-kira 16 kilometer. Dinding yang curam terbentuk apabila kaldera pertama runtuh di sekeliling tempat yang kering dan asing ini. Manusia telah membina jalan raya dan balai cerap di seluruh tempat tersebut yang mempunyai gunung berapi yang sangat besar dan masih aktif. Jisim tanah yang tercipta oleh gunung berapi adalah Tenerife iaitu pulau gunung berapi yang terbesar di Kepulauan Canary.

5.) Lubang Biru Terbesar, Belize
Great Blue Hole terletak di Light Reef House anggaran di pertengahan antara Long Caye dan Sandbore Caye. Ia kira-kira berada di bahagian timur, 60 kilometer dari tanah besar Belize (bandar).
Lubang Biru ini diiktiraf pada tahun 1997 sebagai Tapak Warisan Dunia.


Dijumpai di darat dan di lautan seluruh Bahamas dan perairan negara Belize yang dikenali sebagai Lubang Biru yang sangat dalam sering menjadi pintu masuk ke gua, sebahagian daripadanya mempunyai 14 kilometer panjang. Penyelam telah melaporkan sejumlah besar makhluk akuatik yang berada di lubang tersebut yang masih baru kepada sains. Di samping itu, mereka telah mencatatkan lubang tersebut dipenuhi dengan stalaktit dan stalagmit yang hanya terbentuk di gua kering. Bagi peneroka, ini adalah bukti bahawa dunia pada 65 000 tahun yang lalu, paras laut Bahamas adalah sehingga 150 meter lebih rendah daripada paras meter yang ada pad hari ini. Mereka mengatakan  batu kapur di pulau-pulau sekitar laut Bahamas telah terhakis oleh air dan gua yang luas juga tercipta. Apabila paras laut meningkat sekali lagi kira-kira 10,000 tahun yang lalu, beberapa batu kapur ini ke runtuh dan akhirnta membentuk Lubang Biru.

6.) Kawah Api Terbesar di Darvaz, Turkemenistan
Cahaya dari api yang boleh dilihat batu jauhnya pada waktu malam. Dalam kawah hitam dari karbon terbina dan habanya sungguh kuat dan panas. Manusia hanya mampu berada dekat dengan kawah tersebut dalam beberapa minit sahaja.


Terletak di padang pasir Kara Kum, Turkmenistan berhampiran dengan kampung Darvaza (Derweze) di mana pada tahun 1971, satu pasukan pelombongan Soviet menggerudi suatu tempat yang besar yang dipenuhi dengan gas asli. Bumbung gua runtuh meninggalkan lubang besar seperti kawah kira-kira 25 meter dengan diameter kira-kira 60 - 70 meter. Lubang besar tersebut dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Orang-orang tempatan yang tinggal di sana mengatakan lubang tersebut adalah "Pintu Ke Neraka" .Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi sumber mendakwa bahawa ia hanyalah adalah satu fenomena semulajadi.

7.) Sanquinshan - Taman Untuk Dewa-dewi, China
Terdapat sebuah cerita mengatakan bahawa Mu-Go "Dewa Timur" yang berhasrat untuk mewujudkan sebuah taman untuk hiburan untuk isteri beliau, "Yin" dan menggabungkan 4 elemen bersama-sama dan mewujudkan Sanqingshan sebagai taman peribadi untuk hiburan beliau.


Sanqingshan adalah Taman Negara yang agak kecil berhampiran bandar Shangrao di wilayah Jiangxi, China. Walaupun saiznya agak kecil, namun alam semula jadi yang terdapat di sana sangat indah sekali. Sanqingshan secara rasminya menjadi Tapak Warisan Dunia ke-7 yang sudah ditetapkan di China dan menjadi tarikan luar biasa kepada semua orang. Kunci keajaiban utama tempat yang indah ini adalah gabungan daripada geologi granit yang luar biasa dalam bentuk singkapan tiang gabungan dengan variasi iklim bermusim daripada kabus dan matahari terbenam. Mereka yang pernah melawat tempat ini akan berasa sangat aman dan tenang sekali.  Ditambah lagi dengan kelimpahan air terjun semula jadi, kolam renang dan air membuatkan tempat tersebut seolah-olah adalah syurga.

Mata Aneh Di Mauritania, Africa
Satu teori pelik mengatakan 'mata' ini terhasil daripada impak bom yang amat berkuasa .


Gurun di Sahara Mauritania benar-benar kelihatan seperti mata manusia. Imej ke kiri adalah "anak" tetapi Google Earth dikecilkan sedikit dan mendedahkan tebing-tebing yang membentuk seluruh mata. Fenomena semulajadi ini sebenarnya adalah struktur richat disebabkan oleh kubah berbentuk simetri meningkatkan hasil geologi asas yang terjadi akibat daripada hakisan. Penjelasan ini tidak diterima secara keseluruhannya oleh komuniti saintifik. Terdapat segelintir masyarakat yang masih percaya ianya adalah impak meteor dan segelintir lagi masih percaya ia adalah formasi yang disebabkan oleh letupan nuklear bawah tanah.

9.) Desert Rose, Suqarta, Yaman

Kepelbagaian yang luar biasa Suqatra telah dibandingkan dengan Kepulauan Galapagos dan ia sudah disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh ekosistem yang paling terancam. Salah satu contoh sesuai tumbuhan yang terancam untuk evolusi sendiri adalah gambar di atas.


Pulau yang mempesonakan ini dikenali Socotra yang terletak di luar pantai Yaman di Timur Tengah. Pulau ini sangat terpencil dari seluruh dunia dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam pelbagai bentuk pelik sehinggakan menjadi lebih pelik daripada tumbuhan yang ada di seluruh dunia ini. Salah satu tumbuhan yang paling terkenal ini adalah Pokok Darah Naga sap yang digunakan untuk membuat kristal dan boleh digunakan sebagai pewarna atau sebagai aprodisiak(dadah) yang dibenarkan. Tumbuhan yang digambarkan di sebelah kanan adalah Rose Desert(Adenium obesium) tetapi kadang-kadang dipanggil sebagai Pokok Kaki Gajah. Pulau tersebut perlahan-lahan dikenali dunia dan mempunyai potensi besar untuk eko-pelancongan selagi pelawat tidak melakukan kerosakan terhadap tumbuhan tersebut. Spesis lain termasuk Pokok Timun dan Socotran Fig(pokok berdaun lebar). Suqatra telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008.

10.) Batu Bergerak Di Racetrack Playa, U.S.A
Batu bergerak ini menambah keajaiban di Death Valley tetapi keganjilan sebenar tempat ini adalah tempat yang sangat terpenci, haba yang panas dan bentuk muka bumi yang sangat rata.


Tempat yang paling mendatar di muka bumi ini adalah Sailing Stones of Racetrack Playa - Death Valley - California - U.S.A atay padang pasir rata yang mengalami musim sejuk yang pendek dan lantai padang pasir tersebut menjadi licin apabila bertukar menjadi lumpur. Pada masa ini batu-batan bergerak meninggalkan kesan trek yang jelas kelihatan di belakang batu tersebut. Walaupun saintis percaya bahawa angin kencang bertanggungjawab, tetapi terdapat beberapa batu yang tiba-tiba  berubah arah dan bergerak keluar dari landasan treknya. Semua bukti menunjukkan bahawa ini bukanlah satu penipuan namun pergerakan batu tersebut tidak pernah dirakam pada filem atau video.

No comments:

Post a Comment

ShareThis