Sistem pangkat dibatalkan selepas keruntuhan pemerintahan Tokugawa Bakufu, semua orang Jepun menikmati hak sama rata. Sekolah Kebangsaan Meiji didirikan di seluruh negara dengan mencontohi negara-negara barat. Sistem pendidikan dibahagi kepada sekolah rendah , sekolah menengah, dan universiti.
Hiburan kanak-kanak
Bilangan jenis alat mainan Zaman Meiji dan Taisho jauh lebih banyak daripada dahulu kerana bahan-bahan baru seperti kaca, getah dan logam campuran digunakan dalam pembikinan alat mainan. Kedai-kedai alat mainan sentiasa menarik perhatian kanak-kanak dengan produk yang berwarna-warni. Polisi negara Zaman Taishi ialah mengutamakan perkembangan bakat dan fikiran kanak-kanak maka banyak bahan bacaan telah diterbitkan untuk meningkatkan taraf pengetahuan kanak-kanak.
Kerja rumah
Menolong dalam kerja rumah adalah kewajipan semua kanak-kanak di Jepun, ia juga dianggap sebagai latihan awal untuk menghayati detik-detik kehidupan.
Makanan ringan semasa Era Meiji
No comments:
Post a Comment