Blog Macam-macam Eeii ini adalah blog yang mengongsikan dan memapar pelbagai info, tips serta berita-berita menarik dari seluruh dunia.
Wednesday, 7 November 2012
Warga Asing Di China Menuduh Gadis Kecil Berumur 5 Tahun Menawarkan Khidmat Sex
Dua warga asing menyebabkan kekecohan berlaku dalam media China selepas mereka menyangka gadis berumur 5 tahun itu menawarkan khidmat sex.
Warga asing tersebut pada ketika itu sedang menghabiskan masa mereka di dalam bar berdekatan dengan Jing'an Temple apabila gadis kecil tersebut muncul dan mencuba untuk menjual 5 atau 6 RMB. Pada mulanya, kejadian salah faham ini berlaku apabila gadis kecil tersebut cuba untuk bertutur bahasa Inggeris dan secara tidak sengaja tersebut "six" sebagai "sex" .
Salah faham ini menyebabkan dua warga asing tersebut terkejut dan melaporkan kejadian tersebut kepada polis. Pihak polis enggan mengembalikan gadis kecil itu kepada mak ciknya yang ketika itu berada dekat dengannya kerana pihak polis menyangka beliau terlibat dalam perniagaan khidmat sex.
Insiden itu menimbulkan kemarahan mak cik tersebut kerana beliau bukannya sesiapa selain daripada penjual bunga. Beliau mendakwa anak saudara beliau tidak terlibat dalam penawaran khidmat sex lebih-lebih lagi pada umur 5 tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment