Kabang, seekor anjing dari keluarga Filipina, telah menyelamatkan dua kanak-kanak daripada dilanggar oleh motosikal yang dipandu laju.
Kabang telah korbankan dirinya dengan menyekat laluan motosikal yang hampir melanggar kanak-kanak tersebut. Hasilnya, dia cedera teruk — kehilangan sebahagian muka dan rahang beliau.
Doktor haiwan tempatan berkata, keluarga tersebut boleh tinggalkan anjing itu di klinik mereka untuk 'euthanasia' (membunug haiwan tersebut dengan cara lembut.). Keluarga tersebut enggan dengan cara tersebut dan ingin menjaga anjing hamil tersebut
Selepas cerita mengenai anjing tersebut tersebar, orang ramai telah menderma lebih daripada AS $ 20,000 (RM 61 070) bagi operasi merawat kecederaan Kabang.
Pakar bedah veterinar, Frank Verstraete dan Boas Arzi, di University of California, Davis, berkata bahawa Kabang akan memerlukan sekurang-kurangnya dua operasi.
"Kami gembira dengan apa yang kita dapati hari ini. Kami yakin kita boleh memperbaiki keadaan dirinya pada masa hadapan, " kata Dr Verstraete.
Sememangnya, anjing adalah teman baik manusia.
No comments:
Post a Comment