Walaupun pornografi telah diharamkan di seluruh negara, PB Lifestyle akan membuka kelab Playboy di Goa, India.
Walau bagaimanapun, Sanjay Gupta, eksekutif PB Lifestyle, berkata bahawa kostum arnab traditional tidak akan ditunjukkan.
"Kostum arnab adalah merupakan sebahagian daripada kelab Playboy. Namun, atas sebab-sebab moral dan perasaan orang India, kita tidak boleh memaksa mereka memakai kostum arnab tradisional yang berkaitan dengan 'Playboy Bunnies', "kata Encik Gupta.
Pakaian baru akan didedahkan semasa pembukaan kelab itu.
Pelakon Bollywood, Sherlyn Chopra, wanita India yang pertama untuk menjadi model Playboy, menunjukkan keghairahan beliau mengenai projek ini.
"Sangat teruja sekali! Ia bukan mengenai kebogelan. Ia adalah seperti memperkenalkan gaya hidup yang menyeronokkan dan glamor, " ulas Chopra.
Ini hanya salah satu daripada pelan banyak PB Lifestyle. Syarikat itu merancang untuk membuka 120 kelab, hotel, kafe dan kedai-kedai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment