Pages

Thursday, 22 November 2012

Perempuan Tertua Di Dunia [VIDEO]

Memang ramai di kalangan orang-orang kita yang ingin hidup lama, cik Macam2Eeii memang pasti semua ingin mendapat hidup sempurna sepanjang kehidupan kita. Seperti mana yang kita sudah tahu, negara-negara di Asia Timur memang kebanyakannya mempunyai taraf hidup sihat yang tinggi kerana mempunyai cara pemakanan yang sihat. Sekiranya kita lihat taraf umur penduduk di Jepun, kebanyakannya mampu hidup sehingga 80 hingga 90 tahun ke atas. Jika nak dibandingkan dengan negara kita Malaysia, kebanyakan orang-orang kita hanya mampu hidup sehingga umur 60 hingga 68 tahun sahaja. Kajian membuktikan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat sememangnya mempengaruhi taraf umur sesebuah negara. Bila tengok betul-betul, macam mana gaya pemakanan kita di Malaysia? Anda fikirlah sendiri apa yang anda makan. ^_^

Jiroemon Kimura


Lelaki Jepun, Jiroemon Kimura telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai manusia tertua yang hidup lama di dunia ini.

Dilahirkan pada April 1897, beliau dikatakan dia adalah orang yang pernah diketahui telah hidup merentasi tiga abad, dan jika dia hidup sehingga 27 Disember 2012, maka dia akan menjadi manusia tertua yang pernah didokumenkan.




Sebaliknya, terdapat pula seorang wanita Cina yang mendakwa dirinya berumur 127 tahun. Dilaporkan lahir pada tahun 1885, dan dia dua tahun lebih tua daripada Encik Kimura. Walau bagaimanapun, dakwaan wanita tersebut tidak boleh dibuktikan kerana tidak ada dokumen yang menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1885. Di Wilayah Guangxi, sijil kelahiran telah disimpan bermula dari 1949, semasa pengambil alihan Komunis.

Penyelidik mengatakan seseorang yang berumur panjang adalah  apabila seseorang tinggal di jenis kawasan, di mana mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.



sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis