Pages

Monday, 3 December 2012

9 CARA UNTUK MENGURANGKAN BERAT SEMULAJADI!!



Obesiti boleh menjadi RISIKO kepada kesihatan anda, Kurangkan Berat anda dengan 9 cara ini~

1) Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau adalah makanan berkalori rendah, jadi orang yang berat lebih perlu makan makanan ini dengan lebih kerap.

2) Anda perlu elakkan pengambilan garam yang terlalu banyak. Garam boleh menjadi faktor dalam peningkatan berat badan.

3) Produk susu seperti keju, mentega harus dielakkan kerana makanan seperti ini kaya dengan lemak. Daging dan makanan bukan berasaskan sayuran juga harus dielakkan.

4) Rempah seperti halia kering, kayu manis, lada hitam dan sebagainya adalah baik untuk mengurangkan berat badan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.

5) Sayur-sayuran seperti peria (Karela), dan pelbagai sayuran pahit juga amat berguna.

6) Pengambilan madu merupakan ubat yang sangat baik untuk obesiti. Ia mampu mengurangkan kolestrol dalam badan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Mulakan dengan kuantiti yang kecil daripada kira-kira 10 GM. atau sesudu teh yang perlu diambil dengan air panas. Baik diambil pada awal pagi. Satu sudu teh jus lemon segar juga boleh ditambah.

7) Kubis juga dianggap sebagai ubat semula jadi yang berkesan untuk mengurangkan berat badan. Sayur-sayuran ini menghalang penukaran gula dan karbohidrat lain menjadi lemak. Oleh itu, kubis mempunyai nilai yang besar dalam pengurangan berat badan. Ia boleh diambil secara mentah atau dimasak.

8) Senaman adalah satu bahagian penting dalam pelan pengurangan berat badan. Ia membantu anda untuk membakar lemak. Di samping itu, ia juga melegakan ketegangan otot-otot badan. Berjalan adalah senaman paling baik untuk dimulakan dan boleh diikuti dengan berlari, berenang, mendayung,.

9) Jus limau adalah baik dalam mengurangkan berat badan. Jus limau dicampur dalam segelas air suam dan manis madu perlu diambil setiap pagi semasa perut kosong.

No comments:

Post a Comment

ShareThis