Pages

Thursday, 27 December 2012

Ayam belanda mampu membuatkan tidur menjadi lena



Seperti yang kita semua ketahui, makanan yang sering menjadi kesukaan adalah ayam belanda. 

Walaupun lebih popular di negara luar, namun tidak salah bagi anda yang tidak pernah merasainya untuk mencuba kerana di samping enak dan mengenyangkan, ayam belanda turut mengandungi pelbagai nutrisi yang elok untuk kesihatan badan. 

Sebuah sumber protein yang sangat baik, makanan ini rendah lemak dan kalori jika dibandingkan dengan pelbagai daging lain. Kandungan lemak tepu yang terdapat dalam ayam belanda adalah 75% kurang daripada apa yang terdapat dalam daging angsa. Tidak seperti ayam yang mengandungi jumlah lemak sebanyak 20%, hanya 5% kalori yang terdapat dalam ayam belanda adalah lemak. 

Nutrien lain yang terdapat dalam ayam belanda termasuklah vitamin B, fosforus, potasium, besi potasium, zink dan juga triptofan, yang berfungsi menghasilkan serotonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena. 

Jadi, tidak salahlah anda menikmati ayam belanda pada hari yang istimewa ini. Untuk menyedapkan lagi rasa bagi anda yang merancang untuk menghidangnya, anda dinasihatkan untuk meletakkan sedikit jus limau / lemon.

sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis