Penyanyi Indonesia, Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani bercadang mahu memanjangkan niatnya untuk bertudung lebih dari 40 hari seperti yang diharapkan selepas pulang dari menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
Ujar penyanyi yang popular dengan lagu "Pudar" ini memberitahu bahawa selepas dia pulang dari menunaikan haji pada 2 November yang lalu dia telah pun menyempurnakan niatnya untuk memakai tudung selama 40 hari.
Namun begitu selepas merasakan keselesaan yang dirasai, Rossa memberitahu dia telah memanjangkan tempoh dia berhijab untuk beberapa ketika lagi.
"Hari ini (Selasa) sudah cukup 40 hari. Sampai Disember ini (memakai tudung) Insya-Allah," katanya pada pelancaran albumnya 'Masterpiece', di Jakarta Selatan, di sini pada Selasa lalu.
Menurut penyanyi genit berusia 34 tahun ini juga disebabkan dia telah menandatangani kontrak perjanjian dia terpaksa akur untuk membuka tudung demi menjayakan persembahan tersebut.
Walaubagaimanapun ujar Rossa lagi dia dapat merasakan kelainan selepas menunaikan haji tatkala menolak untuk berpakaian seksi seperti sebelum ini.
No comments:
Post a Comment