Blog Macam-macam Eeii ini adalah blog yang mengongsikan dan memapar pelbagai info, tips serta berita-berita menarik dari seluruh dunia.
Saturday, 22 December 2012
Yakinkan diri anda dengan gigi putih bersinar!
Setiap orang pasti mendambakan senyum menawan dengan gigi putih dan bersih bak selebriti yang sentiasa tersenyum dengan gigi yang putih berseri.
Kehilangan warna gigi merupakan antara proses penuaan yang akan dialami oleh semua manusia. Namun kini, terdapat pelbagai cara untuk kekal menawan seperti awet muda.
Apa yang lebih menariknya adalah proses pemutihan gigi ini tidak memerlukan bayaran yang banyak seperti proses 'bleaching' ataupun bertemu di doktor gigi mahupun menggunakan bahan kimia yang ada untuk pemutihan gigi.
Terdapat beberapa tip-tip untuk anda memutihkan gigi anda:
Makan buah strawberi
Terdapat bukti yang mengatakan strawberi mampu membantu memutihkan gigi yang mana di dalamnya terdapat enzim yang dipanggil asid malid dan juga vitamin C. Bahan yang dijumpai di dalamnya mampu membuang karat di gigi manakala vitamin C mampu menyah kaviti gigi. Lenyek buah strawberi itu dan campurkan dengan ubat gigi, buat begitu selang seminggu dan percayalah anda akan miliki keputusan yang positif. Ataupun anda juga boleh memakan hanya strawberi dan pastikan anda memakannya dengan betul agar buah tersebut dapat membersihkan secara manual di gigi.
Membenang gigi
Untuk beberapa sebab membenang bukan satu cara yang mudah seperti memberus gigi. Kebanyakkan doktor gigi turut memperkatakan perkara yang sama bahawa di antara membenang gigi dan memberus, membenang lebih berkesan untuk pembersihan gigi secara maksima dan kelihatan lebih putih kerana benang tersebut boleh menyah kuman yang melekat di celahan gigi.
Makan buah yang rangup dan sayuran
Buah epal, daun seleri dan juga lobak adalah sayuran yang baik untuk gigi. Buah-buahan yang rangup boleh diumpamakan seperti berus gigi semulajadi. Mudah untuk dikunyah untuk membuang makanan yang melekat dan juga bakteria yang tertinggal di dalam mulut. Ianya juga membantu membasuh permukaan gigi. Kerangupan buahan itu membantu membuang bakteria manakala kandungan yang terdapat di dalam buahan tersebut membantu memutihkan gigi.
Gunakan penyedut minuman (straw) ketika minum air
Kopi, teh, soda, dan juga wine boleh menyebabkan kerosakan gigi yang teruk terhadapan enemal gigi. Jika boleh, gunakan straw untuk mengurangkan tekanan terus terhadap gigi. Pasti anda akan berasa malu namun cuba bayangkan jika anda memiliki gigi kuning disebabkan kopi tersebut. Pastikan anda menberus gigi selepas meminum minuman seperti yang dinyatakan.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment