Pages

Monday, 7 January 2013

Makanan yang harus dielakkan penghidap Insomnia


Walaupun puas berusaha untuk tidur kerana sudah sampai masanya untuk beristirahat, mata masih tidak dapat lelap.  Padahal, banyak perkara yang memerlukan tenaga perlu dilaksanakan pada keesokan paginya.  Jika anda penghidap insomnia, situasi begini memang sering dihadapi.

Ada banyak faktor yang menyebabkan insomnia dan salah satu daripadanya ialah gaya hidup. Ini termasuklah corak pemakanan dan jenis makanan yang diambil.  Justeru apakah makanan yang harus dimakan, dan yang harus dielakkan jika ingin cepat mengantuk?

Makanan dan minuman yang harus diambil sebelum tidur:

1.    Susu lembu
Minumlah segelas susu lembu segar sebelum tidur kerana ia mengandungi triptofan dan kalsium yang dapat menyihatkan otot dan saraf. Bagi penghidap insomnia, kalsium dalam susu segar dapat membantu menenangkan otak selain mengurangkan stres.  Dengan fikiran yang tenang dan jauh daripada stres, tidur pun akan menjadi lebih nyenyak. 

2.    Kekacang, misalnya kacang badam
Kekacang kaya dengan vitamin B dan asid folat.  Unsur-unsur itu membantu tubuh untuk mengatur kitaran tidur yang baik. Daripada pelbagai jenis kekacang yang ada, penghidap imsomnia disyorkan agar makan kacang badam.  Ini kerana kacang badam dapat membantu tekanan darah menjadi normal. Tekanan darah yang normal membantu penghidap insomnia untuk tidur lebih mudah.

3.    Ikan, contohnya ikan salmon
Sebaik-baiknya, ikan dimasak dengan cara direbus atau dikukus agar kandungan zatnya tidak hilang. Jenis ikan yang baik untuk penghidap insomnia adalah ikan salmon. Ikan ini mengandung asid dokosaheksanoik (DHA), yang meningkatkan hormon melatonin pada tubuh. Hormon melatonin bertanggungjawab mengendalikan kitaran tidur dalam otak.

4.    Buah-buahan seperti ceri dan pisang

Daripada pelbagai jenis buah-buahan yang ada, ceri dan pisanglah yang dipercayai mampu mengatasi insomnia. Ini kerana ceri mengandungi zat melatonin manakala pisang mengandungi magnesium, potasium dan triptofan yang dapat membantu merehatkan otot dan saraf, selain menenangkan fikiran.


Makanan dan minuman yang harus dielakkan sebelum tidur: 

1.    Kafein
Jauhi minuman atau makanan yang mengandungi kafein sebelum tidur, kerana kafein menyebabkan jantung berdebar-debar dan tubuh terjaga.

2.    Aiskrim

Sebaik-baiknya, elakkan daripada makan aiskrim sebelum tidur kerana ia mengandungi banyak lemak. Sekiranya aiskrim dimakan sebelum tidur, tubuh akan sibuk membakar lemak dan bukannya berehat.

3.    Coklat hitam
Penghidap insomnia juga wajar mengelakkan diri daripada makan coklat hitam sebelum tidur kerana makanan itu mengandungi kafein.

4.    Alkohol

Ramai yang silap dengan menganggap alkohol dapat membantu seseorang untuk tidur lebih cepat.  Sebenarnya, alkohol tidak mampu memberikan kerehatan yang berterusan pada tubuh dan tidak dapat membuatkan kita berasa segar apabila terjaga daripada tidur. 

sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis