Pages

Friday, 22 February 2013

Bakar kalori dengan rumpai laut



Kajian terbaru kini mendapati bahawa makanan yang berasaskan rumpai laut mampu membantu mengurangkan berat badan. Victoria Beckham dan Britney Spears merupakan antara selebriti terkenal yang gemar mengambil rumpai laut dalam diet harian mereka demi mengekalkan bentuk badan langsing. 

Pakar nutrisi, Juliette Kellow, menjelaskan dalam satu artikelnya bahawa rumpai laut berwarna perang yang turut dikenali sebagai wakame dan sering digunakan dalam sup miso mengandungi sejenis kompaun bernamafucoxanthin yang dikatakan mampu membakar lemak di samping meningkatkan tahap metabolisme badan. 

Beberapa ujian yang dijalani para saintis Jepun ke atas tikus makmal mendapati bahawa tikus yang diberi dengan fucoxanthin akan kehilangan sebanyak 10 peratus lemak tidak lama selepas itu. Hal ini dipercayai berlaku akibat daripada rangsangan kompaun tersebut ke atas protein yang kemudiannya membakar lemak di sekitar organ dalaman. 

Walaubagaimanapun, sama ada kesan yang sama boleh berlaku terhadap manusia, masih belum boleh dipastikan lagi. Apa yang pasti adalah lebih baik untuk melakukan senaman secara konsisten dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu sumber pemakanan demi mendapatkan berat badan ideal.

sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis