Pages

Friday, 9 November 2012

Kambing Bermata Satu Dijumpai Di India!!




Seorang pengembala kambing di Perundurai dalam daerah Erode menjumpai kambingnya telah melahirkan anak kambing bermata satu. Kambing yang bermata satu yang dilahirkan di sebuah ladang di Perundurai, daerah Erode telah menarik orang ramai untuk membayar dan mengunjungi ladang tersebut kerana terlalu curiga terhadap kambing tersebut.

Pemilik ladang, Kandasamy, 45, yang sudah 10 tahun mengembala kambing, berkata kejadian ini berlaku untuk pertama kalinya.

"Saya belum pernah menyaksikan kejadian pelik seumpama begini sepanjang saya mengembala kambing," katanya. "Satu kambing betina melahirkan dua anak kambing, salah satu daripada kambing tersebut mempunyai satu mata yang betul-betul berada di tengah-tengah dahi."

Doktor haiwan mengatakan bahawa ia adalah satu keganjilan dan hasil daripada gangguan genetik.

Menurut Coimbatore VOC Park Zoo pengarah Dr K. Asokan, kambing tersebut mengalami satu gangguan genetik yang disebabkan oleh perubahan kromosom dalam sistem kambing. "Jarang saya lihat kambing bermata satu itu di kampung-kampung," katanya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis