Orang Cina yang sudah lama dikenali kerana kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, terutama sekali dalam mata pelajaran matematik. Kanak-kanak di China dilatih dengan tegas untuk menyelesaikan masalah matematik. Bagaimanapun, seorang guru di China mengambil cara yang berbeza daripada guru-guru lain dalam mengajar murid-muridnya.
Dalam sebuah sekolah kecil di China, perbuatan ganas guru tersebut dirakam pada kamera di mana beliau menampar dan memukul pelajarnya. Guru tersebut memukul pelajarnya kerana perlajarnya tidak dapat menyelesaikan masalah matematik dengan betul.
Seorang gadis berusia 5-tahun telah ditampar sebanyak 70 kali dan menyebabkan mukanya membengkak untuk beberapa hari.
Apabila video tersebut tersebar di berita, sebilangan rakyat di China berasa marah atas apa yang telah dilakukan oleh guru tersebut kepada pelajarnya.
No comments:
Post a Comment